
Zina Mata
Assalamualaikum...okey kali ini turn saya pulak nak bagi penerangan mengenai zina mata...saya harap selepas anda membaca artikel tersebut,ia dapat menambah pengetahuan anda semua...
Zina mata berlaku apabila seseorang itu melihat sesuatu perkara yang haram. Haramnya melihat sesuatu perkara boleh dilihat dari 2 konteks yang berbeza iaitu: 1) Haram secara mutlak; 2) Asalnya harus, tetapi bertukar menjadi haram.Perkara yang haram dilihat secara mutlak ialah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran. Firman Allah:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nuur:31)
Berdasarkan pemahaman ayat di atas, seorang perempuan diharamkan untuk memperlihatkan aurat mereka kepada bukan mahramnya. Dalam konteks ayat ini, dapat juga kita fahami bahawa haram bagi seorang lelaki melihat aurat seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan telahpun diperintahkan kepada lelaki dan perempuan untuk menjaga pandangan mereka dalam ayat 30-31 surah An-Nuur.Larangan Allah ini termaktub dalam skop yang cukup luas. Ia tidaklah terhad kepada larangan melihat perkara yang haram secara live dunia realiti sahaja. Larangan ini juga mencakupi aspek dunia maya juga. Dalam skop yang lebih umum, apa jua perkara yang apabila dilihat, boleh merangsang nafsu syahwat seseorang, maka ia dikategorikan sebagai zina mata.Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, zina mata adalah termasuk dalam kategori perkara-perkara yang mendekatkan diri seseorang dengan zina. Dan hukumnya adalah jelas haram, tetapi jika melakukannya ia tidaklah membawa hukuman sebat.Namun yang demikian kita perlu fahami, apa jua dosa yang kita lakukan sebenarnya akan dihisab oleh Allah. Sama ada dosa besar atau dosa kecil, itu bukanlah isunya. Seharusnya yang menjadi prioriti kita adalah untuk menjaga mata, telinga, hati serta anggota badan kita seluruhnya dari terjebak dengan perlakuan zina dan perbuatan yang menjurus kepada zina. Na’udzubillahi min zaalik.Wallahua’lam. Ain.Sofia n_n
*Sudut MKDK*
OLD | NEW