
Jaga Maruah...Jauhi Zina...
.jpg)
Assalamualaikum...okay...hari ini adalah hari pertama kami menulis blog ini...melalui blog ini kami akan memaparkan kepada pembaca mengenai zina,kesannya dan jenis - jenis zina dari semasa ke semasa...
Maksud zina...
~ zina beerti memasukkan zakar ke dalam faraj perempuan dan dengan kadar hasyafah (kepala zakar) bagi pasangan yang belum berkahwin. Perkara ini amat dikeji dan akan dilaknat oleh ALLAH SWT serta para malaikat yang berada di kiri
dan kanan mereka.
firman Allah dalam sura Al-Isra' ayat 32 yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk".
Oleh itu,kami ingin mengingatkan para pembaca bahawa antara punca utama berlakunya penzinaan adalah berlakunya pergaulan bebas. Ketahuilah bahawa seseorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya dia telah mendekati pintu penzinaan.begitu juga bagi mereka yang melayani gambar-gambar porno di internet , menonton video lucah dan sebagainya adalah mendorong berlakunya penzinaan. Mereka yang bukan mahram duduk berdua-duaan di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya.
Ketahuilah wahai umat Islam bahawa kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api yang berada di atas muka bumi ini.Seberapa dekat kita dengan pintu penzinaan maka sedekat itulah musibah akan diturunkan...
Kami berharap ini dapat dijadikan panduan dan iktibar kepada para pembaca.. ^_^
Wassalam...dan selamat beramal...
*Sudut MKDK*
| NEW